Friday, February 13, 2009

73 Jln..Yg smpi 1 Jln..

Muhasabah : Kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat .Impian setiap muslim yang waras

Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.
Iklan




Namun kejayaan yang ingin dikecapinya itu perlulah mengikut prosuder dan pantang larang agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak cara yang dilakukan oleh muslim untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai agama Islam yang murni.
Para ulama� yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. banyak meninggalkan kaedah, pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslim/muslimah meniti kejayaan sebenar menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang penyelewengan, bid�ah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Seseorang muslim/muslimah menurut Imam Syahid hasan al-Banna akan sentiasa berada di tangga kejayaan, apabila memiliki faktor-faktor berikut :

* Menganut dengan akidah Islam yang tulen, jauh dari sebarang unsur syirik, kufur dan fasiq.

Iaitu akidah �Ahlus Sunnah Wal Jamaah� yang menitik-beratkan hujah yang diceduk daripada al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad yang sohih, Ijmak dan Kias yang bukan sahaja menjadi rujukan dalam persoalan hukum syariat Islam, malah dalam perkara yang berkaitan dedngan akidah.

* Beribadat dengan konsepnya yang betul berdasarkan elemen ilmu, kerana sesuatu ibadat itu tidak akan diterima tanpanya.

Setiap muslim/muslimah perlu mengetahui matlamat Allah jadikan mereka bukan untuk berfoya-foya tanpa tujuan hidup, malah mereka dicipta hanyalah untuk tunduk beribadat kepada Allah SWT tanpa perlu adanya perantaraan manusia atau objek-objek lain yang boleh disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

* Memiliki ketajaman daya berfikir.

Akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT merupakan satu anggota dalam tubuh manusia yang wajib dipelihara, iaitu dipelihara hingga tidak memikirkan pada perkara-perkara yang tidak menguntungkan Islam, kerananya juga manusia akan disumbatkan dalam api neraka jika sekiranya seseorang itu tidak menghidupkan fungsinya yang sebenar untuk berfikir pada memajukan Islam.

* Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk diwakafkan kepada Islam.

Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang maksimum daripada setiap muslim/muslimah, kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk menggunakannya pada membantu mereka yang mengharapkan bantuan kebajikan dan sebagainya, malah yang paling penting untuk melaksanakan tuntutan amal-amal ibadat yang difardukan oleh Allah SWT.
Ibadat tidak sahaja dalam bentuk melaksanakan solat, haji, puasa dan lain-lain, tetapi juga mengerahkan tenaga untuk menuju ke rumah Allah bagi menunaikan solat berjemaah, bergotong-royong mengurus ibadat korban, mengurus jenazah, membersihkan alam sekitar seperti kawasan-kawasan masjid dan surau dengan tubuh badan yang sihat, ia dikira sebagai mewakafkan tenaga dan tubuh badan pada jalan Islam.

* Memiliki akhlak Islam yang jitu.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : �Yang paling sempurna iman di kalangan orang-orang yang beriman adalah yang paling sempurna akhlaknya.�
Akhlak merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah, tanpanya ia tidak bermakna menjadi seorang muslim yang telah berjanji kepada Allah untuk menjadikan segala agenda hidup dan mati kerana-Nya seperti yang diungkapkan dalam solat lima kali sehari semalam.
Akhlaklah yang membezakan antara sesorang muslim dan bukan Islam dalam meneraju kehidupan berdasarkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. yang dicontohkan menerusi Sirah baginda.
Akhlak yang jitu ialah memperlihatkan keluhuran budi pekerti terhadap Allah, Rasulullah, para alim ulama�, kedua-dua ibu bapa, adik beradik, orang-orang yang lebih tua, jiran tetangga, sesama manusia, alam sekitar, terhadap haiwan, pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya akhlak tidak boleh dibuat-buat dengan sengaja tanpa rangsangan daripada diri sendiri yang lahir daripada sanubari yang diikat dengan ajaran agama Islam.

* Bijak menjaga/mengurus waktu dengan baik.

Pengurusan waktu yang baik akan menjadikan muslim berkualiti dengan nilai-nilai kehidupan yang positif, iaitu menggunakan masanya pada perkara-perkara dan di tempat-tempat yang baik yang disukai Islam seperti sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai destinasi persinggahan, selain daripada menunaikan solat fardu berjemaah, diikuti pula dengan penglibatan kelas-kelas fardu ain.

* Memanfaatkan segala apa yang dimiliki untuk kepentingan awam.

Islam sering dan sentiasa menganjurkan kepada penganutnya agar mencurahkan segala apa yang ada pada mereka untuk dikongsi sama dengan saudara-saudara seagama seperti ilmu, kepakaran bagi melahirkanb insan muslim yang boleh dicontohi oleh kaum lain.

* Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan.

Umat Islam tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai pada tahap tertentu sahaja, malah memperkasa diri dengan meneroka bidang-bidang yang difikirkan perlu bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah seperti bidang astronomi, maritim dan lain-lain.

* Mampu untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat.

Ia juga satu pendekatan yang memperlihatkan kemampuan umat Islam berusaha mencapai sesuatu matlamat semaksimum mungkin yang belum diterokai oleh mana-mana pihak, seperti matlamat mahu melahirkan usahawan mantap, maka usaha ke arah itu perlu dilakukan walaupun menghadapi cabaran yang sukar.

* Bersistematik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslim/muslimah sejati.

Umat Islam perlu membuktikan bahawa kehidupan mereka terancang dan teratur mengikut jadual, penuh dengan agenda, aktiviti, tugasan yang bersistematik hingga mampu mencairkan golongan bukan Islam yang menyanjung, menghormati sekali gus menjadikan mereka cenderung untuk meniru cara kita yang menampilkan pelaksanaan tugasan dan urusan dengan baik.

Sesungguhnya Islam mampu menawan dan memaut hati manusia-manusia sesuai dengan lafaz �Islam� yang memberi maksud menyelamat. - lanh _

Tuesday, February 3, 2009

iMan biAwaK


Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritaan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dlm sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a bahwa rasululLah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat lalu tiba-tiba datanglah seorang Arab badwi dari keturunan bani Sulaim ke hadapan rasululLah.


Beliau membawa bersamanya seekor biawak (dob) padang pasir yang ditangkapnya.Beliau bercadang untuk membakar haiwan itu untuk menjadi makanannya.Sebaik sahaja melihat orang ramai yang berjalan di kawasan itu beliau tertarik untuk mendekati mereka, lantas bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi itu.


Apabila mendapat penjelasan daripada sebahagian sahabat yang hadir bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mencari laluan mendekati Nabi lantas segera berkata : Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad ! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggmebirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya !


Umar al-Khattab yang meriwayatkan ksah ini menjadi marah dengan sikapnya lalu beliau bangkit dan berkata : Wahai Nabi ! Biarlah saya mengkhiri hidupnya !


Nabi telah menjawab permintaan Umar dengan tenangnya : Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahwa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi ! Nabi kemudiannya telah berkata kepada Arab badwi itu : apa yang menyebabkan engkau mengatakan demikian kepadaku ? Engkau sepatutnya menghormati aku dalam perhimpunan bersama para sahabatku !


Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya menghina Nabi dengan berkata : Demi tuhan lata dan Uzza ! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu , katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi sa.w.


RasululLah s.a.w telah memanggil biawak itu dan kedengaran suaranya menjawab panggilan Nabi dnegan bahasa Arab yang fasih difahami oleh semua yang hadir : ya wahai Nabi s.a.w ! nabi bertanya kepada biawak itu : Kepada sapakah engkau beriman ? Jawab biawak itu : Saya beriman kepada Tuhan yang diangit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan dalam neraka itu azabNya !


tanya nabi lagi : Aku ini siapa wahai biawak ? jawab biawak itu : Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang menyokong dan memperjuangkan Tuan , dan binasalah orang yang mendustakan Tuan !


Mendengar kata-kata biawak yang sangat lancar itu, Arab badwi itu lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir lalu berkata : Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan baoaku, diriku sendiri , engkau amat kukasihi zahirku dan batinku, dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruhNya.

Tuesday, January 20, 2009

Pilihanraya KT

Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and
18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.


quote from kadirjasin why ler puak2 tu kalah....eksyen bebenor teman nengoknye..tak reti2 bahasa...heheeeee.....ingat bebudak dulu pergi raya ke,dpt sekupang dua..bagi duit sengih..bebudak la ni tk pandang le duit raya...tu pasai tak kesior nak gi beraya ke rumah org....

Wednesday, January 14, 2009

WE


The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways, but narrower viewpoints.

We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.


We eat too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, get up too tired, read too little and doa too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values.


We talk too much, love too seldom, and hate too often.We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years.


We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor.


We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.


We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice.


We write more, but learn less.


We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait.


We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less. These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships.


These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.


It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom.
A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...


Remember; spend some time with Allah.Your loved ones, because they are not going to be around forever.Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side. Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent..

Remember, to say nice word to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you. Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.


Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.AND ALWAYS REMEMBER: Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.REMEMBER ALLAH, ALLAH WILL REMEMBER YOU…

Friday, January 9, 2009

Jumaat pagi..

  • 1..adoiii..camner nak betuikan gmbar ni...
    Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :
    "Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
    Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."
    Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata
    "Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :
    Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".
    Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"
    Baginda membalas :-
    إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
    Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
    Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-
    إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
    Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )